Sekelip mata dia terasa badannya melayang di udara. Sekelip mata dia terasa tubuhnya terhentak keras di atas turapan tar yang membahang. Sekelip mata segalanya kelam dan sunyi, bagai roda masa tiba-tiba berhenti berputar. Dia terlentang tidak bergerak. Sinar mentari yang tegak di atas kepala seakan-akan menyengat penglihatannya. Kabur.
"Humaira!" cuping telinganya masih dapat menangkap suara yang kian sayup tenggelam dari pendengaran. Ada cecair pekat mengalir hangat dari rongga hidung dan telinganya. Bersusah payah dia cuba mengatur nafas yang tersekat-sekat dalam rengkungan nafasnya.
"Humaira!" pandangannya beepinar dan kian kabur. Derianya masih mampu merasai seseorang sedang menyentuh, mengusap tangan dan kepalanya. Rasa bisa menjalari seluruh sendi tubuhnya. Kesakitan yang amat luarbiasa terasa merampas kudratnya.
"Ya Tuhan.....apa yang sedang terjadi ada diriku?" dia bingung. Pandangannya gelap seketika. Cerah kembali.
Kata orang, pada saat manusia di ambang kematian, pada saat itulah mereka dapat melihat kembali seluruh perjalanan hidupnya. Ternyata ia benar. Dia juga tak terkecuali. Satu-persatu perjalanan hidupnya dipaparkan di layar mata, perjalanan yang gembira mahu pun yang sedih, yang indah mahu pun yang penuh hitam. Satu-persatu, tanoa dapat dia halang, menerjah ke ruangan memorinya.
"Humaira..." suara itu masih lagi memanggil namanya, sayu. Humaira...ya, nama itu memang miliknya. Nama yang digunakan dalam kehidupannya yang biasa, yang normal. Namun dia punya satu lagi nama yang sunyi, yang kelam, yang rahsia, kerana dia juga punya satu lagi kehidupan yang sunyi, yang kelam, yang rahsia. Tiada siapa pun tahu tentang hal itu. Tiada siapa pun, kecuali seorang cuma. Seseorang itu jugalah yang telah memberikan sinar baru dalam hidupnya.
Dalam payah dia tersenyum tipis. Ya, dia ibarat sebiji catur Othelloyang memiliki dua wajah. Wajah putih dan wajah hitam. Bagi dirinya, memiliki dua kehidupan berbeza tidak menjadi masalah. Begitu juga memiliki dua nama, dua identiti berbeza bukanlah hal yang rumit. Namun, memiliki dua cinta, itu adalah sesuatu yang mustahil bagi dirinya. Antara dua cinta, dia terpaksa membuat pertaruhan yang besar, yang pastinya melibatkan soal hidup matinya.
Dua cinta tak mungkin dapat wujud dalam satu ruang yang sama. Salah satunya mesti berundur, mesti mengalah. Dia amat yakin dengan prinsip itu. Dia amat yakin, apabila wujud sebah cinta yang lebih kuat dan lebih utuh dalam ruang hatinya, maka lama-kelamaan ia akan membunuh cinta yang satu lagi. Ia terpaksa mengorbankan cinta yang satu lagi, kerana cinta itu sendiri tak lebih dari sebuah pengorbanan semata-mata. Lambat-laun hal itu pasti akan terjadi, dan yang pastinya dia sendiri terpaksa membayar pengorbanan itu dengan harga yang amat mahal.
Bersambung...

0 comments:
Post a Comment