Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, January 8, 2009

Hayya bil Jihad!!! : Save Palestine


Semakin hari Israel bertindak semakin kejam! Mereka menyerang, membunuh rakyat Palestine tanpa mengira usia...kanak-kanak yang masih suci jiwanya dan tidak mengerti apa-apa tentang hakikat dunia fana yang penuh kezaliman ini pula yang menjadi mangsa. Orang tua dan golongan wanita yang kudratnya tidak seberapa turut tidak terlepas! Tentera Israel secara terang-terangan mencabar dunia dengan 'membersihkan' Palestine tanpa belas-kasihan...seolah-olah mereka tahu tiada siapa yang berani bangkit menentang mereka, mahupun membela Palestine. Sekadar perarakan tunjuk perasaan, piket dan memorandum dari beberapa organisasi kecil tak 'bertaring'....apalah sangat yang hendak ditakutkan oleh Israel dan sekutu-sekutunya?!

Jadi, apa lagi peranan & usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestine sana? Kalau boleh biarlah sekurang-kurangnya 'suara' kita ini bukan saja sampai didengari oleh saudara-saudara di Palestine, malah mampu memberikan tekanan terhadap Israel dan sekutunya!! Saban hari kita mendengar keluhan, rintihan simpati terhadap rakyat Palestine...tak kurang juga berguni-guni sumpah-seranah, caci-maki dan kutukan laknat terhadap Israel, Zionis dan sekutunya.

Saya terfikir, apa impak yang Israel dan sekutunya dapat dengan sumpah-seranah kita? Kita berada jauh dari saudara-saudara kita di Palestine sana, apa lagi yang mampu kita buat selain menghamburkan rasa sakit hati dan marah kita melalui sumpah-seranah terhadap 'makhluk' yang memang tak berhati perut dan berperikemanusiaan itu??!!! Tiba-tiba seruan jihad bergema mengetuk-ngetuk minda saya untuk turut sama menggalas keperitan yang dirasai oleh saudara kita di Palestine.

Selain doa dan munajat kepada Ilahi memohon perlindungan ke atas rakyat Palestine, apa lagi yang boleh....yang mampu kita umat Islam yang jauh dari Palestine sana....lakukan???? Mengangkat senjata......terus-terang keberanian kita ini jauh ketinggalan berbanding anak-anak kecil di Palestine sana yang mudah saja mengangkat ketulan-ketulan batu menentang tentera Israel yang lengkap bersenjata moden dan canggih!!! Apa lagi jihad yang boleh kita....UMAT ISLAM SELURUH DUNIA....boleh lakukan??!!

Saya minta sangat-sangat saudara-saudara SEISLAM di luar sana untuk renungi kembali diri kita bersama-sama. Sudah terlalu lama kita dipisahkan oleh sempadan geografi dan budaya. Sedangkan ISLAM dulu berkembang di bawah satu panji yang sama dengan kalimah yang SATU "La ila ha illallah...Muhammadur rasulullah"....KALAU SUKAR SANGAT UNTUK BERSATU DI BAWAH NAMA ISLAM....SEKURANG-KURANGNYA BERSATULAH.....BERGABUNGLAH DI BAWAH NAMA KEMANUSIAAN SEJAGAT!!!

Help FREE Palestine by Boycott,Reject, Refuse,Impose Sanctions All Israel & American Products Worldwide - from your home, supermarkets, shopping malls etc and Don't use USD dollars for trade..but change to Dinar, Dirham, Euroes..They soon will collapse as their USD has no based except trade. If you can't boycott all, boycott half...It will still have an impact on them in a long run...

Lists of Israel & American products. You can live without them...Change products from other countries.

[Kata-kata saranan ini saya terbaca di dalam Youtube. Menariknya saranan ini bukanlah ditulis oleh seorang Muslim, sebaliknya seorang non-Muslim berbangsa Amerika / Eropah (saya tidak pasti) tapi sangat cintakan keimanan! Saya berasa amat malu pada diri sendiri tatkala membaca saranan ini kerana suatu waktu dulu saya pernah memandang remeh seruan untuk memboikot semua produk yang menyokong Israel & Zionisme. Ditegur secara halus oleh ALLAH buat kesekian kalinya melalui seorang non-muslim...apakah saya masih nak bersikap endah tak endah lagi seperti dulu?!!!! Ya ALLAH....malunya aku yang mengaku sebagai Muslim tapi tidak berani melaksanakan tanggungjawabku!!!]


Kita mungkin tak mampu untuk memboikot semua produk 'pro-Israel' ini disebabkan kita tiada / belum ada produk 'pengganti' yang setanding dengan semua produk tersebut.
Saya tahu kebanyakan produk tersebut berkualiti dan termasuk dalam senarai 'produk kegemaran' kita. Saya sendiri banyak menggunakan 'produk kegemaran' saya, seperti NOKIA, NESTLE, KOTEX, JOHNSON&JOHNSON dll. Namun kita masih boleh memboikot produk 'pro-Israel' ini secara berperingkat dan teratur, sedikit demi sedikit tapi konsisten dan mesti ada disiplin! Lama-kelamaan mesti boleh boikot semua produk dalam senarai tu!

Saya sekarang ni pun tinggal beberapa produk saja yang masih saya gunakan...terutamanya NOKIA!! Macam mana ya....nak gantikan dengan jenama apa yang setanding, yang sepadan? Saya sukar melepaskan NOKIA sebab ia 'mesra pengguna'. Dah lama saya tinjau-tinjau dan bertanya teman-teman...mungkin dalam masa terdekat ni saya akan putuskan hubungan saya dengan NOKIA. Penggantinya masih belum tahu....

TAPI....KALAU SETAKAT SEORANG, DUA SAHAJA YANG BEGITU BERIA-IA BERKEMPEN NAK MEMBOIKOT SEMUA PRODUK 'PRO-ISRAEL'.......saya fikir tak ke mana pun hasilnya. Israel, Zionis, Yahudi tak terasa terancam walau sedikit pun...mungkin saja mereka KETAWA MENGEJEK melihat betapa hebatnya KESATUAN UMAT ISLAM ini!!! Ahhhhh......malunya saya bila memikirkan ISLAM TERCINTA bakal berterusan diejek-ejek lagi oleh 'makhluk' tak sedar diri seperti Israel dan sekutunya!!

Akhir bicara....ayuh kita semua sama-sama menyahut seruan jihad yang amat kecil ini jika nak dibandingkan dengan jihad yang rakyat Palestine lalui sejak berzaman lagi!! Kalau kita benar-benar ikhlas nak tolong rakyat Palestine di sana, bersatulah seperti saranan non-muslim tersebut, kalau tak dapat boikot semuapun boikot separuh pun sudah boleh memberikan impak jangka panjang kepada gerak kerja Israel. Kalau usaha kita yang sekecil ini dapat menggugat dan menggegarkan Israel dan sekutunya, sekurang-kurangnya kita pun tidaklah terasa diri ini TIDAK BERBUAT APA-APA untuk ISLAM. Kalau jihad sekecil ini pun kita sukar laksanakan (berkorban memboikot kebanyakan 'produk kegemaran' kita)....TAK USAHLAH KITA BEGITU LANTANG NAK MELEMPARKAN SUMPAH-SERANAH & LAKNAT KEPADA ISRAEL & YAHUDI.....

Fikir-fikirkanlah......

PERINGATAN buat diri yang sering lupa & alpa.....


[Sami Yusuf feat. Outlandish : Palestinian, Try Not To Cry]

Thursday, January 1, 2009

Peringatan dari Allah!



3 hari sebelum Tahun Baru 2009

"Tak boleh dibiarkan lagi ni!!" aku hanya tersenyum sumbing mendengar rungutan Eisha teman sebilikku. Belum pernah sepanjang persahabatan kami, aku melihat dia semarah itu. Rupanya ada lagi insan yang lebih garang dari aku. "Saya tak kira, Cik Ya! Malam ni saya mesti buat perhitungan dengan dia? Mentang-mentang dia lebih tua dari kita, dia ingat dia boleh buat kita macam budak kecil ke?!!" aku terkebil-kebil, masih membisu. Aduhai sahabat, sabarlah....bertenanglah. Aku tahu dia marah. Aku juga marah. Tapi sikapku yang lebih banyak berfikir & memerhati membuatkan aku lebih banyak berdiam diri.
Biar betul Eisha ni? Eisha yang aku kenal, lemah-lembut, sopan, hormat orang lebih tua, tapi malam ni dia sangat berbeza.

"Akak, saya nak bincang sikit dengan akak ni?" Eisha memulakan bicara, masih lagi dalam nada suara yang terkawal. Aku perhatikan Kak Ha yang membisu sejak tadi. Dia buat-buat tidak endah. Aduh, sabarlah hati...

"Akak, saya kalau boleh nak cakap elok-elok dengan akak. Akak tolonglah dengar saya nak cakap ni!" aku dapat merasakan Eisha semakin hilang tahap kesabarannya. Dia berkalih posisi duduknya. Aku pula masih berdiam diri, mengambil sikap tunggu & lihat dulu. Kak Ha terus baring di atas tilamnya, menarik selimut tebalnya sehingga ke paras dada. Mendidih juga hati aku melihat perangai Kak Ha ni.

"Hah, apa dia?! Nak bincang hal apa lagi? Akak nak tidurlah ni!!" seperti biasa, jawapan yang sudah begitu lazim diberikan kepada aku & Eisha. Kak Ha mem
belakangi kami berdua. Aduh, kali kedua hatiku bagaikan ditusuk sembilu. Sakitnya. Eisha sudah mula mengurut-urut dada. Seperti yang telah kuduga, tak sampai seminit perbincangan antara mereka berdua bertukar menjadi pertelagahan. Dan paling teruk apabila aku pula ditarik masuk ke dalam kancah pertelagahan yang tak ubah macam budak kecil bergaduh! (Maksudnya, aku pun dah jadi macam budak kecil jugalah ni??...huhu...)

Lama jugalah kami bertiga bergaduh, bertengkar sampai tak sedar suara masing-masing dah sampai ke volum maksima. Paling malu bila dua orang teman serumah yang tidur di bilik bersebelahan masuk ke bilik kami untuk menenangkan kami. Tiba-tiba Kak Ha mengeluarkan kata-kata yang agak melampau pada pendengaranku. Apa lagi, terus sahaja aku bertempik "Kak Ha keluar ajelah dari rumah ni!! Kami dah tak tahan dengan Kak Ha, tahu tak?!!" saat aku menyedari keterlanjuranku semuanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Tapi secara jujur aku tidak pula berasa menyesal, sebaliknya berasa lega dapat meluahkan kata-kata itu yang selama ini terbuku saja di dalam hati. Tiba-tiba suasana di dalam bilik kami menjadi khali seketika.


'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Alang-alang dah terlajak kata, biar sampai terus mesej & maksud yang nak disampaikan!' begitu aku & Eisha sepakat untuk meminta Kak Ha untuk keluar dari rumah sewaan kami ini. Bukanlah disebabkan pertelagahan kami pada malam itu, tapi sejak Kak Ha masuk ke rumah sewaan kami ini, sikapnya yang suka mengarah & 'memperbudakkan' kami membuatkan kami hilang sabar & rasa hormat terhadapnya.


2 hari sebelum Tahun Baru 2009

Semester baru bermula. Petang, aku ke rumah tuan rumah untuk membayar duit sewa bulan ini. Dalam perancanganku, memang aku ingin bertanya pakcik tuan rumah tentang status rumah yang kami duduki sekarang di samping berbincang serba-sedikit berkaitan jadual tuisyen anak bongsu beliau. Jika diikutkan kepada perjanjian awal ketika kami membayar deposit rumah, kami akan duduki rumah sewa itu selama 2 semester (bermula Jun 2008 sehingga Mei 2009). Namun, tiba-tiba pakcik tuan rumah meminta kami untuk mencari rumah sewa baru & keluar dari rumah sewa sekarang pada Februari akan datang kerana anak beliau yang sudah berkeluarga ingin duduk di rumah tersebut.

Walaupun berasa agak terkilan kerana pakcik tuan rumah melanggar perjanjian, tapi aku cuba memahami keadaan keluarga beliau yang kian bertambah besar dengan kehadiran ahli keluarga baru. Iyalah, takkan nak bersempit-sempit dalam satu rumah tu sampai 3 keluarga, kan? Jadinya aku mengalah saja dalam diam. Petang itu juga, aku ajak Eisha keluar untuk mencari iklan rumah sewa. Kebetulan Eisha baru saja selesai menulis notis untuk diberikan kepada Kak Ha (notis keluar dari rumah). Terpaksalah dia batalkan niat untuk bagi notis tu. Sebelum kami keluar, aku sempat menyampaikan berita sedih ini kepada ahli rumah yang lain. Sampai ke Maghrib jugalah kami merayau sekitar pondok bas di dalam kawasan kampus meninjau-ninjau iklan rumah sewa yang sesuai. Sudahnya, kami berjaya mendapatkan 2 iklan yang paling sesuai dengan keperluan kami saat itu. Alhamdulillah, kurang sikit tekanan perasaan yang mula menggangguku.

Seusai menunaikan fardhu Maghrib, aku & Eisha masing-masing menghabiskan kredit kami menghubungi empunya iklan rumah sewa. Aku dapat apartmen kosong di Blok 21, Eisha pula dapat di Blok 17. Terus kami bandingkan harga deposit, sewa & kelengkapan yang ada. Hmm...bila dibanding-bandingkan, dicongak-congak, ternyata apartmen di Blok 21 agak mahal & di luar kemampuan kami (tak ada peti sejuk & mesin basuh pula tu!). Jadi kami sepakat pilih Blok 17 walaupun sedar apartmen di situ agak sempit. Malam tu juga kami pergi ke Blok 17 untuk melihat bakal rumah sewa baru kami. Alhamdulillah, melangkah masuk ke ruang tamu itu, aku sudah terpikat. Bukan saja lengkap & selesa (walaupun agak sempit), yang penting sekali tuan rumah & ahli rumah itu (seorang kakak yang tua setahun dari aku yang terlebih dahulu menyewa di situ) sangat baik, peramah & bertimbang rasa. Tak mengapalah walaupun sewanya agak mahal berbanding rumah sewa sekarang, asalkan selesa.

Pulang ke rumah, aku ajak ahli rumah yang lain untuk berbincang duduk perkara sebenar status kami semua. Aku tahu mereka semua berasa terkejut & sedih kerana sudah serasi & selesa dengan rumah sewa sekarang. Namun apakan daya, mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Mujurlah, ahli rumah tak banyak kerenah & sudi memberikan kerjasama epada aku & Eisha yang terpaksa menguruskan banyak hal.

Sebelum tidur aku berseloroh dengan Eisha, "Baru kelmarin kita minta Kak Ha keluar. Sekarang kita pun kena keluar juga." Eisha hanya mengiakan saja kata-kataku.

"Padanlah dengan muka kita, Cik Ya. Siapa suruh pasang niat tak baik nak 'halau' orang??huhu..." Eisha tergelak kecil sedang aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.

Dan sebelum mata masing-masing kian layu diulit rasa mengantuk, aku sempat berbisik kepada Eisha, "Mungkin Allah nak memberikan peringatan kepada kita, Sha. Allah tak suka kita guna kekasaran & kekerasan. Allah nak tegur kita yang bersikap agak biadap terhadap orang yang lebih tua dari kita kelmarin. Mungkin juga, ini peringatan atau petunjuk dari Allah untuk menunaikan doa kita yang nak sangat menjauhkan diri daripada orang-orang seperti Kak Ha." kesepian melingkari kami berdua larut malam itu. Subhanallah, sungguh halus cara Allah dalam menegur hamba-Nya yang tersilap langkah seperti kami ini. Dalam kesepian malam yang kian larut itu, aku bersyukur & berdoa kepada Allah agar terus memberikan peringatan & teguran kepadaku dalam menempuhi liku-liku kehidupanku yang penuh ranjau ini. (^^)v

Moral cerita : Jangan mudah dipengaruhi nafsu amarah, kelak hanya mencetuskan api sengketa & dendam. Bersabarlah & berselawatlah untuk menenangkan hati-hati yang sedang menggelegak marah. Yakinlah pada janji-janji Allah, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya (cuma perlu cari saja...mana tahu terselit di mana-mana celah, kan...? hehe...(^^)v )

DOA QUNUT NAZILAH