Ribuan askar gagah tersusun lurus
Ribuan askar perkasa itu
Sangat kecil dan kerdil pada mataku
Kecil. Kerdil.
Buat aku tersenyum sinis Kenapa perlu melawan lagi
Mengalah saja kerana kau takkan pernah menang
Peperangan yang nyata berat sebelah.
Beratus kali...
Kotamu dipijak diinjak sang penjajah
Beratus kali...
Tanahmu yang suci dinodai dilukai tanpa secubit belas
Beratus kali...
Rakyatmu dicalari dijajai tanpa secebis maruah.
Tapi ribuan askar gagah yang kerdil itu
Terus mara penuh membara
Dengan tempik sorak bergema menggegar alam
Maju! Terus maju!
Pertahankan kota ini! Pertahankan!
Rakyat kami!
Tanah suci ini!
Kerana kita pasti 'kan menang!
Ribuan askar gagah tersusun lurus
Ribuan askar perkasa itu
Sangat kecil dan kerdil pada mataku
Kecil. Kerdil.
Buat aku menangis keharuan
Ampuhnya benteng imanmu
Hingga musuh sangat menggerunimu
Biar beratus askar kecil itu tumpas
Beribu lagi bangkit dengan teriakan lebih menggugat.
Kau hanya askar kecil
Ibarat sang semut dengan kotanya
Kau memang askar kecil yang perkasa
Ibarat sang semut dengan kotanya.
Dan aku...takkan pernah setanding
Dengan askar kecil yang perkasa itu.
Friday, December 5, 2008
Kota Sarang Semut (dedikasi buat anak-anak kecil di Palestine)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment