Monday, December 1, 2008

Yang Mana Satu Adalah Diri Anda???

RAHSIA PERSONALITI DIRI

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah untuk kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Terdapat beberapa jenis personaliti yang telah dirumuskan berdasarkan hasil kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang


1. Berasa selesa apabila berada di dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain.

2. Lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dunia dalam diri mereka sendiri.

3. Lebih suka berbincang dengan orang lain dalam
membuat sesuatu keputusan berbanding
membuat keputusan sendiri.

4. Lebih banyak bercakap dari mendengar (talkative)
5. Gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dll.

6. "
Happy go lucky" dan gemarkan muzik harmoni & ranc
ak.


b) Personaliti Pendiam


1. Lebih suka menyendiri.

2. Sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai.
3. Mudah berasa diketepikan dalam keramaian.

4. Lebih suka memikir & mencar
i penyelesaian untuk masalah yang dihadapai secara bersendirian.
5. Lebih suka menjadi pemerhati & berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan sesuatu
atau orang lain.
6. Seorang pendengar yang baik, kurang ge
mar dipuji & tidak suka mencampuri hal orang lain.

c) Personaliti Perasa


1. Mahu jawapan yang pasti & tepat.

2. Suka kerja yang berperaturan (sistematik) & kerja yang mempunyai pulangan yang
banyak.
3. Suka mengumpul maklumat yang banyak & mencukupi sebelum bertindak.
4. Mementingkan fakta & bukan teori serta tiada masalah dengan perkara remeh-temeh.
5. Lebih suka melakukan sesuatu dari berfikir untuk melakukan sesuatu.

6. Kurang mempunyai firasat.

d) Personaliti Peramal


1. Gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa.

2. Selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan & bijak mengenalpasti peluang
baru.

3. Tidak suka melakukan kerja yang remeh-temeh.

4. Gemar mempelajari perkara baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut.

5. Sering memberikan jawapan berbentuk umum.

6. Gemar kerja yang mencabar, tetapi kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang

masa.

7. Mempunyai banyak persoalan yang ditimbulkan ketika di dalam perbincangan.
8. Suka menguji kebolehan orang lain.


e) Personaliti Pemikir


1. Mudah mengingat angka berbanding mengingat wajah & nama orang.

2. Sentiasa tenang walaupun dalam keadaan yang menyebabkan orang lain panik.
3. Sentiasa menganggap dirinya adalah benar setiap masa.

4. Kadang-kadang kelihatan seperti seorang yang keras hati & mudah mengkritik.

5. Cekap dalam merancang sebarang kerja & mengurus kerja peribadi.

6. Suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.


f) Personaliti Sensitif


1. Sering membayangkan diri mereka berada dalam situasi yang dialami oleh orang lain.

2. Lebih mudah bersimpati dengan perasaan, kehendak & kesukaan orang lain.

3. Lebih mengutamakan apa yang dirasai oleh diri sendiri & orang lain berbanding
mempertimbangkan apa yang betul ketika membuat sesuatu keputusan.

4. Suka menolong orang lain meskipun tahu mereka dipergunakan.

5. Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain.

6. Sanggup melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain / menimbulkan konflik
dengan orang lain.


Ini hanyalah hasil kajian, tak tepat 100%. Jika nak saya untuk memilih antara kategori a-f ini, tiada satu kategori pun yang benar-benar mewakili, mencerminkan personaliti saya 100 %...rasa-rasanya keenam-enam kategori tersebut ada terselit dua, tiga ciri-ciri yang mencerminkan personaliti saya. Pendek kata, saya ni bukan saja seorang yang periang, malah juga seorang yang pendiam, perasa, peramal, pemikir & kadangkala juga boleh jadi seorang yang sensitif...(^^)v

Jadi, bagaimana pula dengan diri anda?

Disclaimer : Artikel ini disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails". Namun, semua artikel adalah hak milik penulis asal. Justeru, setinggi-tinggi penghargaan buat pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapa pun diri anda dan di mana jua anda berada. (^^)v

1 comments:

mei ling said...

nice postt...hehe saya rasa punya beberapa personaliti :D salam kenal

DOA QUNUT NAZILAH