Saya akui saya memang seorang yang amat mementingkan privasi & suka bersendirian, namun saya bukan anti-sosial, malahan jika saya mahu, saya mampu berkomunikasi & berinteraksi dengan baik (apatah lagi saya memang 'pantang' jumpa mikrofon...(^^)v). CINTA saya selain Tuhan, keluarga, ilmu....adalah berkarya mencurah ilham & menjadi fasilitator di dalam program-program motivasi di sekolah-sekolah. Ketika saya resah memikirkan masalah yang sedang saya hadapi, bersua muka dengan adik-adik di dalam program motivasi mampu membuatkan saya berasa tenang & segar. Bukanlah tujuan utama saya melibatkan diri dengan konsultan-konsultan yang mengendalikan program motivasi ini demi wang apatah lagi untuk menunjuk pandai di hadapan adik-adik tersebut. Tetapi sebaliknya demi menambah ilmu & kemahiran, serta mempelajari liku-liku & ranjau kehidupan yang sarat dengan pengarajaran & iktibar.
Sebut tentang sekolah....pasti saya akan terkenang sekolah kesayangan saya, guru-guru kesayangan saya juga memori-memori indah & manis yang pernah saya cipta bersama-sama teman-teman seperjuangan suatu ketika dulu. Kadangkala saat minda saya buntu & jiwa saya terasa lesu pasti saya akan mencari ruang & peluang untuk menjengah kembali lubuk ilmu yang terlalu banyak menabur bakti kepada saya. Mujur sekolah lama saya masih berada di dalam daerah yang sama, lebih kurang 10km jaraknya dari rumah saya.
melawat sekolah lama saya, warga SMKDPB sedang meraikan Hari Guru.
p/s : Memang saya langkah kanan, sampai-sampai saja Cikgu Yusmi terus
ajak saya ke dewan makan untuk menjamu selera....
huhu....rindunya masakan makcik tukang masak...
mengingati nama saya, malahan juga pakcik 'guard' pun masih kenal saya
waaaaaahhhhhhhh.....seronoknya!!!
Emm...inilah diri saya, jika ada ruang & peluang pasti saya akan melawat tempat yang penuh kenangan indah ini. Lebih-lebih lagi ketika minda saya terasa buntu & tepu, jiwa saya letih lesu sehingga saya hilang tumpuan & matlamat utama saya mulai kabur. Setiap kali ke sekolah lama, Ummi Midah (guru Bahasa Arab juga guru kelas saya) pasti akan bertanya : "Bahasa Arab kamu makin bagus?", "Bagaimana kehidupan di KL? Ummi harap kamu masih mampu bertahan..." Guru-guru yang lain pula pastinya tidak ada soalan paling menarik selain "Julia dah ada teman lelaki ke? Bila nak kahwin?" Terasa kelakar pula melihat keletah guru-guru kesayangan. Perbezaan yang saya dapat kesani apabila guru-guru kesayangan saya tidak lagi membahasakan diri mereka 'cikgu', sebaliknya 'kakak' & kadangkala mereka menggunakan ganti nama 'aku' & 'kau' ketika berbual dengan saya. Ternyata mereka tidak lagi melihat saya sebagai anak didik mereka yang naif & mentah suatu ketika dulu, sebaliknya mereka melayani saya seperti teman / adik yang begitu rapat dengan mereka. Hmmm...satu perkembangan yang positif & menggembirakan, pastinya!
Saat bersua kembali dengan guru-guru kesayangan, hati saya terasa ringan & lapang. Bukan saja mereka saling memberikan nasihat & pedoman hidup kepada saya, malah berkongsi rasa hati & jerit-perih pengalaman berharga mereka. Ada juga yang mengadu kepada saya tentang masalah-masalah melibatkan adik-adik junior saya (pastinya lebih banyak berlegar tentang masalah sosial, hubungan percintaan - masalah remaja...). Pernah juga seorang guru saya meminta saya agar memberikan ucapan berbentuk nasihat & dorongan semangat kepada adik-adik junior. Wah, terasa beruntung pula (walau bagaimanapun rasa malu lebih menguasai diri saya ketika itu) diberikan penghormatan untuk berucap di hadapan adik-adik junior. Mujur juga saya agak aktif & agak popular ketika zaman persekolahan dulu, jadi ramai jugalah adik-adik yang masih mengenali & mengingati nama saya...haha...malunya!
Apapun, saya pasti akan kembali bersemangat & bertenaga untuk meneruskan perjalanan hidup saya selepas ini. Paling penting, saya tidak perlu berasa gusar lagi kerana andai jiwa & minda saya keletihan lagi, saya tahu suatu tempat yang saya perlu pergi untuk memulihkan diri saya semula - SMKDPB tercinta - (^^)v!!!!