Tuesday, October 21, 2008

Cintaku Pada Islam...

Cintaku pada Islam
Bukan hanya kalam yang diucap,
Tapi denyut jantungku yang mengiktiraf,
Aliran darahku yang mengakui,
Dan sedur nafasku yang membenarkannya...

Seluruh jiwa ragaku,
Waktu dan kebendaan,
Kuserahkan demi meninggikan agama-Mu,
Benak fikiranku setiap saat berfikir,
Bagaimana keagungan UMMAH mesti dibela...

Tiada ertinya...
Kemewahan dan kesenangan dunia yang sementara,
Sedang ummah merintih,
Dengan limpahan darah dan air mata...

Siapa lagi pembelanya,
Selain aku dan generasiku,
Yang menumpu sepenuh keikhlasan pada keredhaan-Mu,
Kerana tiada apa yang lebih bererti,
Selain redha dan kasih-Mu dalam hidupku...

Ya Tuhan...
Kurniakan kefahaman, kejelasan dan keyakinan,
Kepintaran dan kekuatan, kesungguhan dan keikhlasan,
Kepada kami dan generasi kami,
Untuk membela keagungan,
Sebelum dijemput kematian...

Matikan kami dalam ketinggian Iman,
Syahidkan kami dalam perjuangan!

[Nukilan drp seorang teman seperjuangan...]

0 comments:

DOA QUNUT NAZILAH