Sunday, October 26, 2008

Susahnya Bila Jatuh Sakit.....

Salam...

Baru hari ni berkesempatan untuk menghadap komputer kesayangan, dan baru berkesempatan untuk melawat blog yang baru berusia beberapa hari ni. Beberapa hari yang lepas perkhidmatan internet di rumah sewa kami dipotong buat sementara waktu (pastinya disebabkan kegagalan kami untuk membayar bil streamyx pada masa yang ditetapkan). Aduhai...perit juga bila tak dapat menggunakan perkhidmatan internet ni....maklumlah manusia bila dah terbiasa sangat dengan hidup mewah, mudah dan senang....bila jatuh susah sikit mulalah menggelabah dan tak keruan...

Moral cerita : Tunaikanlah tanggungjawab kita untuk membayar bil tepat pada masanya kalau kita tak mahu ditimpa kesusahan seperti yang telah kami alami beberapa hari ni...huhu...

Okay...itu baru soal internet. Ini pula soal virus yang tak pernah kenal putus asa, tak henti-henti menyerang komputer. Akibatnya komputer saya turut menjadi mangsa virus-virus yang memang suka menyusahkan hidup kita. Walaupun saya jenis yang sangat berhati-hati & cermat menjaga komputer saya tapi akhirnya saya tetap tak dapat elak daripada menjadi mangsa virus yang telah pun menyerang komputer saya. Huh.....kelam-kabut juga saya dibuatnya. Bimbang kalau-kalau segala maklumat penting yang saya simpan di dalam komputer tak dapat diselamatkan (walau pun saya sudah pun simpan di dalam 'backup hard disc'...tapi masih berasa bimbang). Nampaknya antivirus yang saya gunakan sekarang gagal berfungsi dengan sempurna seperti yang saya harapkan.

Apa-apa pun yang berlaku, saya yakin pasti ada hikmah di sebalik insiden yang terpaksa saya lalui & alami ini. "Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan..." - sekurang-kurang saya sudah pun berusaha sedaya upaya saya untuk menjaga barang-barang saya...(^^)v




0 comments:

DOA QUNUT NAZILAH