Monday, December 29, 2008

Dear Friends...



"What type of friend are you?" Have you ever been asked this sort of question? If so, have you figured out the exact answer?

No? Hmm...maybe this quiz can help you a little bit. This quiz is to figure out how far a person can keep his/her friend's secret. So, just be honest with yourself or else you won't know the real answer...hope you enjoy this! (^^)v

[Situation : Your best friend gives you a present, wrapped nicely in colorful, pretty wrapper sheet with a ribbon tied on it. Question : "How do you open the present?"]


[A Type] You will untied the ribbon very nicely & unwrapped the wrapper very carefully & nicely. Then you will fold the wrapper & put it aside. You will try not to make a mess. You carefully open the box to see the present inside.

[B Type]

You will untied the ribbon nicely & put aside. At first, you will try to unwrapped the wrapper carefully but as you are having a little problem gradually in the process, you will lose your patience & will start tearing up the wrapper roughly. Plus, in the end when you finished the unwrapping process, you will crumple the wrapper & put it aside.

[C Type]

Well...from the beginning till the end you just tearing up the ribbon & the wrapper just like an excited little child. You tend to crumple the wrapper & throw it away & eagerly open the box in a little 'rude' (or rough) way.


[The Result]


:: A Type - You are a very dependable & trustworthy friend. You will keep your friends' secrets & will never let it out even if you are forced to. That shows that you really know how to consider & care about your friends' feeling & you don't want to hurt your friends no matter what. You are a type of person that will treasure the value of true friendship through your entire lifetime.

:: B Type - You still a dependable & good friend. You try your utmost to keep your friends' secret but in the end you impel to squeal them especially when you are forced to. This does not mean that you don't consider your friends' feeling. This proves that you are also similar to the rest which will preferred themselves when they are in an adverse situation.

:: C Type - Well, you are a person person who have less sympathy on your friends' feeling. You do not concern your friends' feeling & always dissappoint them at the end of the day. You are negligent in keeping your friends' secrets, therefore you tend to not be able to last long until finally you squeal them even though you are not forced to do so.

Congratutulation for those who are A Type! Hope you will maintain your good side of personality. Well done to those who are B Type. Don't be sad to face the fact that sometimes you will expose your friends' secrets although you don't mean to do so. Just try your best to improve your personality. For those who are C Type, don't be frustrated or mad. You should just try to turn over a new leaf & also try to be more considerable on your friends' feeling next time.

Last of all, hope you can enjoy this translation of a song lyrics (it is an OST of a Japanese anime, so the song is definitely in Japanese language), dedicated to you & everyone outside there who really treasure the value of true friendship! All the best!!! (^^)v


::Dea
r Friends::

"Everyday until the sun is set
We got ourselves dirty by mud

Those days that we wasted so foolishly

Are hard to throw away.


I'm a dreamer...but that's just how I am

It's alright if you don't want to be broken...

Like a jigsaw puzzle.


To you, when someone says 'YES'
It's the same as if they said 'NO'

We thought we would always be free.


When the wind blows through tomorrow

Even if the puzzle is broken

Nobody will blame us.

That day, we believe

That our dreams were not wrong

We just went across the rough seas.


I always knew about
The pain you carried in your heart...

Even if you leave this ship

And end up in a different world


We'll be able to smile in the end.

Even now...we continue dreaming
Continue riding on those embraced dreams.


We'll fight the rough seas today

Even with our pain...
So that our promises don't become lies.


And then one day...

To you who left our ship

And are now in a different world

I will send that completed puzzle."
~"Dear Friends by Triplane"~

Salam Ma'al Hijrah



"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela & menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak & rezeki yang makmur & sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah & Rasul-Nya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

{Surah An-Nisaa' : 100}




Align Center

Friday, December 5, 2008

Kota Sarang Semut (dedikasi buat anak-anak kecil di Palestine)


Ribuan askar gagah tersusun lurus
Ribuan askar perkasa itu

Sangat kecil dan kerdil pada mataku

Kecil. Kerdil.
Buat aku tersenyum sinis
Kenapa perlu melawan lagi
Mengalah
saja kerana kau takkan pernah menang
Peperangan yang nyata berat sebelah.


Beratus kali...
Kotamu dipijak diinjak sang penjajah

Beratus kali...

Tanahmu yang suci dinodai dilukai tanpa secubit belas

Beratus kali...
Rakyatmu dicalari dijajai tanpa secebis maruah.


Tapi ribuan askar gagah yang kerdil itu
Terus mara penuh membara

Dengan tempik sorak bergema menggegar alam

Maju! Terus maju!
Pertahankan kota ini! Pertahankan!

Rakyat kami!
Tanah suci ini!

Kerana kita pasti 'kan menang!

Ribuan askar gagah tersusun lurus
Ribuan askar perkasa itu

Sangat kecil dan kerdil pada mataku

Kecil. Kerdil.
Buat aku menangis keharuan

Ampu
hnya benteng imanmu
Hingga musuh sangat menggerunimu
Biar beratus askar kecil itu tumpas

Beribu lagi bangkit dengan teriakan lebih menggugat.

Kau hanya askar kecil

Ibarat sang semut dengan kotanya

Kau memang askar kecil yang perkasa

Ibarat sang semut dengan kotanya.


Dan aku...takkan pernah setanding

Dengan askar kecil yang perkasa itu.

Monday, December 1, 2008

Yang Mana Satu Adalah Diri Anda???

RAHSIA PERSONALITI DIRI

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah untuk kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Terdapat beberapa jenis personaliti yang telah dirumuskan berdasarkan hasil kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang


1. Berasa selesa apabila berada di dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain.

2. Lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dunia dalam diri mereka sendiri.

3. Lebih suka berbincang dengan orang lain dalam
membuat sesuatu keputusan berbanding
membuat keputusan sendiri.

4. Lebih banyak bercakap dari mendengar (talkative)
5. Gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dll.

6. "
Happy go lucky" dan gemarkan muzik harmoni & ranc
ak.


b) Personaliti Pendiam


1. Lebih suka menyendiri.

2. Sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai.
3. Mudah berasa diketepikan dalam keramaian.

4. Lebih suka memikir & mencar
i penyelesaian untuk masalah yang dihadapai secara bersendirian.
5. Lebih suka menjadi pemerhati & berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan sesuatu
atau orang lain.
6. Seorang pendengar yang baik, kurang ge
mar dipuji & tidak suka mencampuri hal orang lain.

c) Personaliti Perasa


1. Mahu jawapan yang pasti & tepat.

2. Suka kerja yang berperaturan (sistematik) & kerja yang mempunyai pulangan yang
banyak.
3. Suka mengumpul maklumat yang banyak & mencukupi sebelum bertindak.
4. Mementingkan fakta & bukan teori serta tiada masalah dengan perkara remeh-temeh.
5. Lebih suka melakukan sesuatu dari berfikir untuk melakukan sesuatu.

6. Kurang mempunyai firasat.

d) Personaliti Peramal


1. Gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa.

2. Selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan & bijak mengenalpasti peluang
baru.

3. Tidak suka melakukan kerja yang remeh-temeh.

4. Gemar mempelajari perkara baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut.

5. Sering memberikan jawapan berbentuk umum.

6. Gemar kerja yang mencabar, tetapi kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang

masa.

7. Mempunyai banyak persoalan yang ditimbulkan ketika di dalam perbincangan.
8. Suka menguji kebolehan orang lain.


e) Personaliti Pemikir


1. Mudah mengingat angka berbanding mengingat wajah & nama orang.

2. Sentiasa tenang walaupun dalam keadaan yang menyebabkan orang lain panik.
3. Sentiasa menganggap dirinya adalah benar setiap masa.

4. Kadang-kadang kelihatan seperti seorang yang keras hati & mudah mengkritik.

5. Cekap dalam merancang sebarang kerja & mengurus kerja peribadi.

6. Suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.


f) Personaliti Sensitif


1. Sering membayangkan diri mereka berada dalam situasi yang dialami oleh orang lain.

2. Lebih mudah bersimpati dengan perasaan, kehendak & kesukaan orang lain.

3. Lebih mengutamakan apa yang dirasai oleh diri sendiri & orang lain berbanding
mempertimbangkan apa yang betul ketika membuat sesuatu keputusan.

4. Suka menolong orang lain meskipun tahu mereka dipergunakan.

5. Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain.

6. Sanggup melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain / menimbulkan konflik
dengan orang lain.


Ini hanyalah hasil kajian, tak tepat 100%. Jika nak saya untuk memilih antara kategori a-f ini, tiada satu kategori pun yang benar-benar mewakili, mencerminkan personaliti saya 100 %...rasa-rasanya keenam-enam kategori tersebut ada terselit dua, tiga ciri-ciri yang mencerminkan personaliti saya. Pendek kata, saya ni bukan saja seorang yang periang, malah juga seorang yang pendiam, perasa, peramal, pemikir & kadangkala juga boleh jadi seorang yang sensitif...(^^)v

Jadi, bagaimana pula dengan diri anda?

Disclaimer : Artikel ini disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Sebahagian besar artikel ini adalah dari sumber "forwarded emails". Namun, semua artikel adalah hak milik penulis asal. Justeru, setinggi-tinggi penghargaan buat pemilik sebenar artikel-artikel tersebut, walau siapa pun diri anda dan di mana jua anda berada. (^^)v

Friday, November 7, 2008

Novel Bersiri : Mahar Cinta Humaira (Bab 1)

Kota Aqsa, 20 tahun lalu

Bumi Palestine basah lagi lewat pagi itu. Rintik-rintik kasar menjadi lebat menghujani muka bumi yang sekian lama gersang dan tandus. Sang mentari seakan-akan ditelan awan mendung hitam yang mengisi dada langit. Kota Aqsa sepi sekali lagi. Hiruk-pikuk suara manusia dan bunyi dentuman peluru dan bom yang bertali-arus hilang ditelan keheningan pagi yang begitu dingin mencengkam.

Di celah-celah runtuhan bangunan batu lumpur itu, berlari-lari dua orang kanak-kanak saling berpegangan tangan. Sesekali mereka menoleh ke belakang. Serpihan bebatuan dan besi berceracak yang menghalangi laluan habis diredahi. Mereka terus berlari tanpa menghiraukan luka dan calar-balar yang mula terasa pedih. Hujan lebat menyukarkan lagi pergerakan mereka berdua. Tiba-tiba kanak-kanak yang paling kecil itu terjatuh, tersungkur mencium tanah becak. Wajahnya comot berlumuran lumpur.

"Cepat bangun! Jangan berlengah lagi!" perintah yang seorang lagi.

"Tapi kak, adik tak larat lagi....." adu si kecil tercungap-cungap kepenatan.

"Mereka dah dekat. Kau sembunyi dulu di sini diam-diam," ujar si kakak, "Tunggu sampai akak datang!" si kecil yang sudah keletihan itu akur pada perintah kakaknya, yang sudah menghilangkan diri di sebalik runtuhan bangunan. Dia hany
a menanti penuh debar. Ketakutan jelas terbayang pada wajah pucatnya. Entah sudah berapa lama dia berkeadaan sebegitu dia sendiri tidak tahu. Dingin pagi benar-benar mencengkam, hampir-hampir saja dia hilang kesedaran. Semerta kedengaran bunyi derapan tapak kaki menghampiri tempat persembunyiannya. Degupan jantung kian deras. Seketul batu sebesar bola besbol dicapai, digenggam erat-erat.

"Adik...."

"Arghh....!!" sekujur tubuhnya mengggigil bagai disimbah setimba ais yang sejuk amat. Mujur kakaknya bertindak pantas menekup mulutnya.

"Dik...cepat keluar dari sini!" si kecil itu masih terpinga-pinga.

"Cepat! Kau pergi cari abang. Kau tahu di mana abang berada, kan?" si kecil mengangguk, masih terk
ebil-kebil.

"Lari, dik. Keluar dari kota ni! Lari ke Desa Bhustan. Mereka akan bawa kau bersama ke Bandaraya Raudhah. Kau akan selamat di sana. Cepat pergi!"

"Mestikah kita ke kota penuh maksiat tu?" si kecil gusar.

"Sekurang-kurangnya tempat itu masih lagi di bawah naungan pemerintahan orang Islam. Sekurang-kurangnya tempat itu menawarkan perlindungan dan keselamatan kepada kita."

Benar, Bandaraya Raudhah...Permata Asia Tenggara yang kian menyinar. Sayang sekali, realiti tak seindah nama yang d
iberikan. Arus kemodenan dan kemajuan yang dicedok dari Barat yang pernah menjajah negara itu membuatkan penduduknya mulai melupakan akar agama dan budaya ketimuran yang murni, lantas meniru budaya Barat yang terang-terang sarat dengan kemaksiatan dan kemungkaran. Namun, di sebalik timbunan maksiat yang meruntuhkan moral dan akhlak mereka, masih ada benih-benih suci yang sedang tumbuh subur, bersedia memulihkan kembali nilai peribadi dan harga diri mereka. Itulah benih-benih Islam, perlahan-lahan namun utuh dan kukuh, mulai menyinar menerangi kembali Bandaraya Raudhah, Permata Asia Tenggara itu.

"Tak usah banyak fikir. Cepat pergi dari sini sebelum terlambat!" suara tegas kakaknya menyentak perhatian si kecil.

"Kakak, macam mana pula?" soalnya kembali, masih dihurung kebingungan.

"Jangan fikir tentang akak. Cepatlah pergi, dik!"

"Tapi..."

"Tolonglah...terlalu banyak orang yang dah terkorban. Kita yang masih hidup ini, jangan pula nak sia-siakan peluang yang ada. Tolonglah dik...sama ada akak atau kau, kita mesti berusaha untuk terus hidup! Bangsa Palestine tak boleh lenyap begitu saja! Tolonglah, dik!"

"Kakak...."

"Dik...tolonglah pergi sekarang. Walau apa sekalipun, kau tetap adik kesayangan akak," dua beradik itu saling berpelukan seketika. Pantas si kecil berpaling, mula membuka langkah seribu meninggalkan kakaknya di tengah-tengah Kota Aqsa.

Kesaki
tan dan kedingingan yang mencengkam batang tubuhnya seakan-akan hilang dibius semangat dan harapan yang menggunung. Kerapkali dia tersadung. Kerapkali dia tersungkur menyembah bumi. Namun tubuhnya masih larat untuk bangkit semula. Si kecil yang baru menjangkau usia lima tahun itu terus berlari dan berlari. Tidak berhenti walau sesaat pun. Tidak berpaling ke belakang walau sekilas pun. Dia nekad, dia mesti keluar dari kota ini. Mesti!


'Cari abang. Kau tau di mana abang berada, kan? Lari...keluar dari kota ni. Lari ke Desa Bhustan. Mereka akan bawa kau bersama ke Bandaraya Raudhah! Kau akan selamat di sana. Cepat pergi!' kata-kata kakaknya masih terngiang-ngiang di cuping pendengarannya. Ya, dia mesti cari abangnya di desa tersebut. Abang dan mereka yang lain telah merancang untuk melarikan diri, mencari perlindungan di Bandaraya Raudhah. Mereka kata, tempat itu sangat aman, jauh dari peperangan. Mereka kata, masyarakat di bandaraya tersebut sangat santun dan baik hati walaupun berbilang kaum dan berbeza kepercayaan. Kalau abangnya sudah berkata demikian, maka dia sanggup percaya! Dia sanggup mencuba nasib di tempat asing itu, demi meneruskan hidup!

Kota Aqsa tiba-tiba dihingari suatu suara jeritan nyaring. Si kecil itu berhenti berlari. Dia berpaling ke belakang. Suatu perasaaan yang seni sedang merayapi tangkai hatinya kala ini. Perit dan ngilu. Bangunan-bangunan tinggi di sekeliling dipandang kosong. Bagai mengerti dengan jeritan nyaring sebentar tadi, dia mula menangis teresak-esak. Tubuhnya terjelepuk ke tanah. Tenaganya hilang. Semangatnya padam.

Umi! Walid! Kakak! Hatinya menjerit-jerit memanggil insan-insan tersayang. Kenapa nasib kita begitu malang? Kenapa? Kenapa mesti kita yang menjadi korban? Jiwanya memberontak. Tangisan mula reda. Hanya esakan halus kedengaran. Lama dia berteleku di atas tanah becak bertakung air lumpur. Hujan masih lagi lebat mencurah-curah, seperti turut sama meratapi nasib si kecil itu.

Bersambung...

Thursday, November 6, 2008

Novel Bersiri : Mahar Cinta Humaira (Prolog)


Sekelip mata dia terasa badannya melayang di udara. Sekelip mata dia terasa tubuhnya terhentak keras di atas turapan tar yang membahang. Sekelip mata segalanya kelam dan sunyi, bagai roda masa tiba-tiba berhenti berputar. Dia terlentang tidak bergerak. Sinar mentari yang tegak di atas kepala seakan-akan menyengat penglihatannya. Kabur.

"Humaira!" cuping telinganya masih dapat menangkap suara yang kian sayup tenggelam dari pendengaran. Ada cecair pekat mengalir hangat dari rongga hidung dan telingany
a. Bersusah payah dia cuba mengatur nafas yang tersekat-sekat dalam rengkungan nafasnya.

"Humaira!" pandangannya beepinar dan kian kabur. Derianya masih mampu merasai seseorang sedang menyentuh, mengusap tangan dan kepalanya. Rasa bisa menjalari seluruh sendi tubuhnya. Kesakitan yang amat luarbiasa terasa merampas kudratnya.

"Ya Tuhan.....apa yang sedang terjadi ada diriku?" dia bingung. Pandangannya gelap seketika. Cerah kembali.

Kata orang, pada saat manusia di ambang kematian, pada saat itulah mereka dapat melihat kembali seluruh perjalanan hidupnya. Ternyata ia benar. Dia juga tak terkecuali. Satu-persatu perjalanan hidupnya dipaparkan di layar mata, perjalanan yang gembira mahu pun yang sedih, yang indah mahu pun yang penuh hitam. Satu-persatu, tanoa dapat dia halang, menerjah ke ruangan memorinya.

"Humaira..." suara itu masih lagi memanggil namanya, sayu. Humaira...ya, nama itu memang miliknya. Nama yang digunakan dalam kehidupannya yang biasa, yang normal. Namun dia punya satu lagi nama yang sunyi, yang kelam, yang rahsia, kerana dia juga punya satu lagi kehidupan yang sunyi, yang kelam, yang rahsia. Tiada siapa pun tahu tentang hal itu. Tiada siapa pun, kecuali seorang cuma. Seseorang itu jugalah yang telah memberikan sinar baru dalam hidupnya.


Dalam payah dia tersenyum tipis. Ya, dia ibarat sebiji catur Othelloyang memiliki dua wajah. Wajah putih dan wajah hitam. Bagi dirinya, memiliki dua kehidupan berbeza tidak menjadi masalah. Begitu juga memiliki dua nama, dua identiti berbeza bukanlah hal yang rumit. Namun, memiliki dua cinta, itu adalah sesuatu yang mustahil bagi dirinya. Antara dua cinta, dia terpaksa membuat pertaruhan yang besar, yang pastinya melibatkan soal hidup matinya.

Dua cinta tak
mungkin dapat wujud dalam satu ruang yang sama. Salah satunya mesti berundur, mesti mengalah. Dia amat yakin dengan prinsip itu. Dia amat yakin, apabila wujud sebah cinta yang lebih kuat dan lebih utuh dalam ruang hatinya, maka lama-kelamaan ia akan membunuh cinta yang satu lagi. Ia terpaksa mengorbankan cinta yang satu lagi, kerana cinta itu sendiri tak lebih dari sebuah pengorbanan semata-mata. Lambat-laun hal itu pasti akan terjadi, dan yang pastinya dia sendiri terpaksa membayar pengorbanan itu dengan harga yang amat mahal.

Bersambung...

Monday, November 3, 2008

Doa Buat Sahabat...


Ya Tuhan...
Kurniakan kefahaman, kejelasan & keyakinan,

Kepintaran & kekuatan akal fikiran,

Serta ketenangan jiwa kepada sahabatku...


Ya Tuhan...

Limpahkan rahmat & cinta-Mu kepada sahabatku,
Jangan Kau sempitkan dia dengan belenggu masalah,
Jangan Kau hukum dia kerana kekurangan & kelemahan...
yang ada pada dirinya...

Permudahkanlah segala urusan sahabatku...


Ya Tuhan...

Tempatkan sahabatku di kalangan kekasih-Mu,
Tinggikan darjat sahabatku dalam ketaqwaan & keimanan,
Redhailah sahabatku dunia & akhirat...
kerana sesungguhnya aku amat mencintai & mengasihi sahabatku,

Bahkan aku redha terhadap dirinya...

Demi Tuhan sekelian alam...
Sahabatku telah memberiku ketenangan,

Kegembiaraan & kebahagiaan,

Serta mendorongku
Untuk menggapai CINTA-Mu.


Friday, October 31, 2008

Bila Minda Buntu, Jiwa Lesu.....


Assalamu'alaikum.....

Sejak akhir-akhir ini saya dibelenggu dengan kesibukan berkaitan akademik & masalah seharian sehingga terlepa seketika dengan blog sendiri. Saya punya tabiat suka memencilkan diri tatkala ingin ingin berkarya & juga menelaah nota akademik, pastinya kerana ingin menumpukan perhatian & mencari ilham. Namun kadangkala tabiat saya ini menjadikan teman-teman di sekeliling saya berasa tidak senang hati. Entahlah, meskipun saya telah cuba menerangkan kepada teman-teman, akhirnya hanya segelintir sahaja yang sudi memahami & memberi ruang kepada saya (kebanyakan teman yang lain pasti akan menempelak saya dengan mengatakan saya anti-sosial, kera sumbang dan sebagainya yang sedikit sebanyak mencalarkan perasaan saya).

Saya akui saya memang seorang yang amat mementingkan privasi & suka bersendirian, namun saya bukan anti-sosial, malahan jika saya mahu, saya mampu berkomunikasi & berinteraksi dengan baik (apatah lagi saya memang 'pantang' jumpa mikrofon...(^^)v). CINTA saya selain Tuhan, keluarga, ilmu....adalah berkarya mencurah ilham & menjadi fasilitator di dalam program-program motivasi di sekolah-sekolah. Ketika saya resah memikirkan masalah yang sedang saya hadapi, bersua muka dengan adik-adik di dalam program motivasi mampu membuatkan saya berasa tenang & segar. Bukanlah tujuan utama saya melibatkan diri dengan konsultan-konsultan yang mengendalikan program motivasi ini demi wang apatah lagi untuk menunjuk pandai di hadapan adik-adik tersebut. Tetapi sebaliknya demi menambah ilmu & kemahiran, serta mempelajari liku-liku & ranjau kehidupan yang sarat dengan pengarajaran & iktibar.

Sebut tentang sekolah....pasti saya akan terkenang sekolah kesayangan saya, guru-guru kesayangan saya juga memori-memori indah & manis yang pernah saya cipta bers
ama-sama teman-teman seperjuangan suatu ketika dulu. Kadangkala saat minda saya buntu & jiwa saya terasa lesu pasti saya akan mencari ruang & peluang untuk menjengah kembali lubuk ilmu yang terlalu banyak menabur bakti kepada saya. Mujur sekolah lama saya masih berada di dalam daerah yang sama, lebih kurang 10km jaraknya dari rumah saya.

Bahagian depan dewan sekolah (SMKDPB)....kebetulan ketika saya
melawat sekolah lama saya, warga SMKDPB sedang meraikan Hari Guru.
p/s : Memang saya langkah kanan, sampai-sampai saja Cikgu Yusmi terus
ajak saya ke dewan makan untuk menjamu selera....
huhu....rindunya masakan makcik tukang masak...

Rupa terkini pagar sekolah kesayangan...bukan saja guru-guru masih
mengingati nama saya, malahan juga pakcik 'guard' pun masih kenal saya
waaaaaahhhhhhhh.....seronoknya!!!

Emm...inilah diri saya, jika ada ruang & peluang pasti saya akan melawat tempat yang penuh kenangan indah ini. Lebih-lebih lagi ketika minda saya terasa buntu & tepu, jiwa saya letih lesu sehingga saya hilang tumpuan & matlamat utama saya mulai kabur. Setiap kali ke sekolah lama, Ummi Midah (guru Bahasa Arab juga guru kelas saya) pasti akan bertanya : "Bahasa Arab kamu makin bagus?", "Bagaimana kehidupan di KL? Ummi harap kamu masih mampu bertahan..." Guru-guru yang lain pula pastinya tidak ada soalan paling menarik selain "Julia dah ada teman lelaki ke? Bila nak kahwin?" Terasa kelakar pula melihat keletah guru-guru kesayangan. Perbezaan yang saya dapat kesani apabila guru-guru kesayangan saya tidak lagi membahasakan diri mereka 'cikgu', sebaliknya 'kakak' & kadangkala mereka menggunakan ganti nama 'aku' & 'kau' ketika berbual dengan saya. Ternyata mereka tidak lagi melihat saya sebagai anak didik mereka yang
naif & mentah suatu ketika dulu, sebaliknya mereka melayani saya seperti teman / adik yang begitu rapat dengan mereka. Hmmm...satu perkembangan yang positif & menggembirakan, pastinya!

Saat bersua kembali dengan guru-guru kesayangan, hati saya terasa ringan & lapang. Bukan saja mereka saling memberikan nasihat & pedoman hidup kepada saya, malah berkongsi rasa hati & jerit-perih pengalaman berharga mereka. Ada juga yang mengadu kepada saya tentang masalah-masalah melibatkan adik-adik junior saya (pastinya lebih banyak berlegar tentang masalah sosial, h
ubungan percintaan - masalah remaja...). Pernah juga seorang guru saya meminta saya agar memberikan ucapan berbentuk nasihat & dorongan semangat kepada adik-adik junior. Wah, terasa beruntung pula (walau bagaimanapun rasa malu lebih menguasai diri saya ketika itu) diberikan penghormatan untuk berucap di hadapan adik-adik junior. Mujur juga saya agak aktif & agak popular ketika zaman persekolahan dulu, jadi ramai jugalah adik-adik yang masih mengenali & mengingati nama saya...haha...malunya!

Apapun, saya pasti akan kembali bersemangat & bertenaga untuk meneruskan perjalanan hidup saya selepas ini. Paling penting, saya tidak perlu berasa gusar lagi kerana andai jiwa & minda saya keletihan lagi, saya tahu suatu tempat yang saya perlu pergi untuk memulihkan diri saya semula - SMKDPB tercinta - (^^)v!!!!

Bersama tiga orang guru yang paling rapat dengan saya.
Dari kiri : Ummi Midah (guru B. Arab), Teacher Syima (guru B. Inggeris),
Cikgu Yusmi (guru B.Melayu) & saya.

Monday, October 27, 2008

Cahaya Matahari


Matahari di waktu pagi

Perlahan-lahan menembusi dinding gunung

Menerangi alam yang ceria dengan cahayanya

Yang penuh warna-warni

Harapan dan impian yang indah.


Tapi matahari di dalam hati ini masih

Tak mampu menembusi dinding yang menghalangi

Cahayanya yang sarat dengan warna-warni

Harapan dan impian dari menerangi

Ruang hati yang suram dan sunyi.


Entah bila

Dinding utuh itu dapat diruntuh

Sedang masa berputar meninggalkan hati yang bergetar?

Adakah nanti

Denyut jantung yang kian lemah berdetak

Akan menghancurkan kepingan impian yang retak?

Atau patutkah aku

Melepaskan segala yang pernah diimpi

Lalu menerima hakikat kejam yang sepi?


Cahaya matahari yang terang di dunia juga

Di dalam hati ini hanya sebentar sahaja hadirnya

Tiba saatnya ia juga akan pergi

Diganti kepekatan malam gelap yang sunyi.

Sunday, October 26, 2008

Antara Tanggungjawab & Hak......?

Semalam saya & seorang teman serumah (Adik Hasna) berkesempatan mengemas rumah sewa kami bersama-sama. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga niat saya untuk mengemas rumah pada hujung minggu ni. Saya bukanlah seorang yang terlalu 'pembersih' @ si cerewet yang pantang nampak secubit habuk....tapi cukuplah sekadar kawasan tempat kediaman saya nampak bersih, kemas, menyejukkan mata memandang & menenangkan jiwa. Apatah lagi saya memang perlukan suasana & persekitaran yang teratur kerana seorang penulis seperti saya sangat memerlukan minda & jiwa yang tak berserabut agar saya mampu menjana ilham yang terbaik & menghasilkan karya yang berkualiti.


Saya cukup bosan dengan sesetengah manusia yang hanya tahu membebel & merungut : "ish...tandas dah berbau, berlumut..", "ish...dapur kotor, sampah bertimbun..", dan macam2 lagi "ish..." lah. Pada saya, daripada membazir masa & tenaga untuk membebel lebih baik dia buat kerja2 membersih & mengemas rumah tu. Tapi memang beginilah sikap manusia yang biasanya hanya tahu berbicara tentang hak masing-masing tapi terlupa pula untuk menunaikan tanggungjawab kepada orang lain. Kita sepatutnya berasa malu & mengambil iktibar daripada cara hidup Sang Semut (dan juga labah-labah dlm gambar ni...) yang hidup dengan cara tersendiri & unik.

Jika kita perhatikan & hayati kehidupan semut yang hidup secara berkoloni / keluarga besar....setiap individu semut itu menjalankan peranan & tugas masing-masing - ada Ratu Semut, ada semut pekerja, ada semut tentera yang masing-masing dengan peranan tersendiri -

Begitu juga Sang Lelabah yang begitu rajin menganyam membina 'rumah'nya sehingga sempurna & mampu pula memerangkap mangsanya. Cuba bayangkan jika Sang Lelabah itu tidak bersungguh membina & mengukuhkan rumahnya, mungkin belum tentu dia dapat memerangkap mangsanya dengan mudah, kan?

Kenapa kita manusia sukar sangat nak aplikasikan contoh yang semut-semut (bekerjasama, dedikasi & rukun) & lelabah (rajin & sabar) tu tunjukkan dalam kehidupan kita? Bila hidup / tinggal beramai-ramai sama ada dengan ahli keluarga sendiri mahupun dengan orang lain di bawah satu bumbung yang sama...bukankah masing-masing mempunyai peranan masing-masing? Bila salah seorang tak menjalankan tugasnya dengan baik, maka akan meninggalkan kesan kepada yang lain pula, kemudian timbullah isu ungkit-mengungkit, tuduh-menuduh dan sebagainya. Setiap kali saya terfikir akan hal ini saya berasa sangat sedih. Alangkah damainya & indahnya hidup ini jika setiap individu berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakan tanggungjawab & peranan masing-masing sebelum meminta hak masing-masing.

Namun seperti yang saya sebutkan pada awal bicara tadi, inilah hakikat kehidupan yang dilalui oleh makhlu
k bernama manusia...tak pernah puas hati apatah lagi tahu bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. ALLAH menyuruh kita 'membaca' alam yang terbentang luas ini & mengambil pengajaran (ibrah) daripadanya agar kita mampu melaksanakan tugas kita sebagai 'khalifah' di muka bumi ini sebaik mungkin. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk memilih sama ada jalan yang baik mahupun jalan yang buruk.

"Manusia itu makhluk yang sering lupa & leka....beruntunglah mereka yang mampu beringat & saling memberikan peringatan kepada yang lain."

Susahnya Bila Jatuh Sakit.....

Salam...

Baru hari ni berkesempatan untuk menghadap komputer kesayangan, dan baru berkesempatan untuk melawat blog yang baru berusia beberapa hari ni. Beberapa hari yang lepas perkhidmatan internet di rumah sewa kami dipotong buat sementara waktu (pastinya disebabkan kegagalan kami untuk membayar bil streamyx pada masa yang ditetapkan). Aduhai...perit juga bila tak dapat menggunakan perkhidmatan internet ni....maklumlah manusia bila dah terbiasa sangat dengan hidup mewah, mudah dan senang....bila jatuh susah sikit mulalah menggelabah dan tak keruan...

Moral cerita : Tunaikanlah tanggungjawab kita untuk membayar bil tepat pada masanya kalau kita tak mahu ditimpa kesusahan seperti yang telah kami alami beberapa hari ni...huhu...

Okay...itu baru soal internet. Ini pula soal virus yang tak pernah kenal putus asa, tak henti-henti menyerang komputer. Akibatnya komputer saya turut menjadi mangsa virus-virus yang memang suka menyusahkan hidup kita. Walaupun saya jenis yang sangat berhati-hati & cermat menjaga komputer saya tapi akhirnya saya tetap tak dapat elak daripada menjadi mangsa virus yang telah pun menyerang komputer saya. Huh.....kelam-kabut juga saya dibuatnya. Bimbang kalau-kalau segala maklumat penting yang saya simpan di dalam komputer tak dapat diselamatkan (walau pun saya sudah pun simpan di dalam 'backup hard disc'...tapi masih berasa bimbang). Nampaknya antivirus yang saya gunakan sekarang gagal berfungsi dengan sempurna seperti yang saya harapkan.

Apa-apa pun yang berlaku, saya yakin pasti ada hikmah di sebalik insiden yang terpaksa saya lalui & alami ini. "Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan..." - sekurang-kurang saya sudah pun berusaha sedaya upaya saya untuk menjaga barang-barang saya...(^^)v




Tuesday, October 21, 2008

Setitis Dosa

Setitis dosa yang mengalir
Mengalir hangat dalam tubuh
Membisikkan kata nista berbau
Hanyir dendam yang membusuk
Dalam sekeping hati yang tenat.

Setitis dosa yang membanjiri
Menenggelamkan kemudi iman yang rapuh
Tanpa simpati
Menghanyutkan akal yang hilang
Arah haluannya.

Setitis dosa yang mencemari
Segenap lurah dan lorong yang menanti
Setiap yang bernama insan
Pastinya kan hilang dibasuh
Dengan setitis air mata taubat yang sarat
Penuh penyesalan dan keinsafan yang tulus
Mendambakan pengampunan dan belaian kasih
Dari Yang Maha Mengasihi.

Cintaku Pada Islam...

Cintaku pada Islam
Bukan hanya kalam yang diucap,
Tapi denyut jantungku yang mengiktiraf,
Aliran darahku yang mengakui,
Dan sedur nafasku yang membenarkannya...

Seluruh jiwa ragaku,
Waktu dan kebendaan,
Kuserahkan demi meninggikan agama-Mu,
Benak fikiranku setiap saat berfikir,
Bagaimana keagungan UMMAH mesti dibela...

Tiada ertinya...
Kemewahan dan kesenangan dunia yang sementara,
Sedang ummah merintih,
Dengan limpahan darah dan air mata...

Siapa lagi pembelanya,
Selain aku dan generasiku,
Yang menumpu sepenuh keikhlasan pada keredhaan-Mu,
Kerana tiada apa yang lebih bererti,
Selain redha dan kasih-Mu dalam hidupku...

Ya Tuhan...
Kurniakan kefahaman, kejelasan dan keyakinan,
Kepintaran dan kekuatan, kesungguhan dan keikhlasan,
Kepada kami dan generasi kami,
Untuk membela keagungan,
Sebelum dijemput kematian...

Matikan kami dalam ketinggian Iman,
Syahidkan kami dalam perjuangan!

[Nukilan drp seorang teman seperjuangan...]

Assalamu'alaikum....(^_^)v

Emm.....well this is my first time to write a blog (walaupun sebenarnya saya memang suka menulis). Jika sebelum ini saya lebih gemar menulis di dalam diari, sesekali menulis novel & puisi (yang pastinya tak pernah diterbitkan kerana saya seorang 'perfectionist' dalam kerja saya...atau lebih tepat lagi saya memang sangat cerewet & kurang keyakinan diri), tapi setelah melawat & melihat blog teman-teman membuatkan saya teringin juga untuk mencuba medium ini.

BicaraHati......mungkin lebih tertumpu pada luahan rasa hati saya, berkisar tentang kehidupan yang penuh liku & cabaran - tentang kisah cinta, persahabatan, keluarga & kemanusiaan - mungkin lebih berbentuk personal / peribadi namun apa yang saya harapkan daripada BicaraHati ini moga luahan rasa dalam bentuk cerpen ini nanti sedikit sebanyak boleh memberikan pengajaran & pedoman kepada diri saya & juga kepada yang lain.

Jika usaha yang sekelumit ini boleh memberikan manfaat kepada orang lain, maka matlamat saya untuk membantu sesama insan sudah tercapai sebahagiannya...aminn...(^_^)v

DOA QUNUT NAZILAH